Sunday, January 23, 2011

Cemburu Seorang Wanita

Setiap insan pasti ada perasaan cemburu...tak kira siapa...cume,bagaimanakah seseorg individu itu mengawalnya...termasuk aku...entah ape yang aku fikir, perasaan cemburu pasti berakhir dengan airmata...kadangkala aku terlalu memikirkan terlalu ingin memiliki sehingga aku lupa tentang hakikat kehidupan...bila 2 insan bersatu, sudah tentu bergabungnya dua elemen kehidupan yang berbeza...tetapi adakah keduanya serasi utk disatukan sepenuhnya...

Wanita juga ada pelbagai…ada yg memikirkan tentang insan lain jika dia melakukan sesuatu, ada pula yg tak kisah ape yg bakal berlaku…si jejaka pula sentiasa keliru mana yg harus dituruti…hati seorang isteri mudah terusik jika sesuatu perkara adalah melibat seorang wanita lain…tak kira siapa wanita tersebut…kawan baik?adik sepupu?kawan lama?apatah lg bekas kekasih lama…

Kisah seorang sahabat yg saban hari asik mengadu kisah si suami…di mana suami mempunyai seorang sahabat baik wanita…kisah suka dan duka dikongsi bersama sejak masih bujang…kini, apabila sudah bergelar suami, masih lagi dengan hubungan yg sama…masalah si isteri, cuba bersikap +ve tapi pasti teruji kesabarannya. Setiap hari menunggu suami pulang lambat kerana kerja yg tak tentu. Termasuk hari cuti. Namun, bila ada masa bersama, si kawan baik asik menelefon bila pagi…petang…paling dia hangin, malam pon nak call…kereta rosak pon cari suaminya. Si suami asik mengelak bila si isteri mahu berkenalan dengan si kawan baik dengan alasan si isteri sgt cemburu orgnya…bertambah2 lah si isteri terasa hati…walau dalam hati dia tahu, suaminya cuba melakukan yg terbaik dalam rumahtangga mereka…si isteri selalu kecewa…kecewa kenapa?adakah kerana sikap cemburunya yg sentiasa hadir….ataupun kecewa kerana suaminya seakan tidak ambil kisah perasaan isteri?

Satu lagi kisah seseorang…cemburu dengan kawan-kawan suami kerana sentiasa ada peluang bersama…sedangkan isteri asik menunggu suami pulang tatkala malam bertukar harinya…suami bekerja sehingga mlm hari, selepas bekerja mesti keluar minum…isteri menunggu suami pulang hingga tertidur…sudah terjaga berkali2 suami masih belom pulang…maka timbullah rasa cemburu dalam hati isteri terhadap rakan2 suami…hendak dapat masa suami untuk sesaat pon susah…tapi mereka selalu santai bersama-sama…ini kerana isteri bgn jam 530 pagi, selepas menyediakan hidangan pagi pada jam 630 pagi sudah bertolak ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Manakala si suami pulang jam 2pagi lalu terus lena. Begitulah hari berikutnya setiap hari…walau depan mata, hakikatnya mereka ibarat berjauhan…sebenarnya ada juga si suami kadangkala pulang sekejap waktu maghrib untuk melepas lelah. Tapi manusia tak pernah puas…pada usia perkahwinan baru berusia tak sampai sethun, pastinya si isteri mahukan masa yang berkualiti ketika santai bersama dengan suami. Di manakan keperihatinan suami ini?

Hurm…sebenarnya ada lagi kisah cemburu seorang wanita ni…nanti aku sambung cerita…=)

No comments:

Post a Comment