Hari ini aku baru nak belajar menggunakan blog, sekadar suke-suke...mungkin sebab selalu dengar cerita dari orang tentang berblog. Iyelah,hari-hari kerja menghadap komputer, mungkin ini salah satu cara untuk alihkan perhatian yang kadangkalanya runsing & tekanan dalam menjalankan tugasan seharian. Jadi, tak salah kita mencuba sesuatu yang baru bagi supaya hidup ini takde la rasa terlalu bosan kerana asik melakukan perkara yang sama. kan?kan?kan?Seronok baca blog orang, tak kiralah ape yang ada di dalamnye. kalau berguna, boleh dijadikan panduan. kalau macam merapu, juz ignore jelah.
"Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan"