Monday, January 24, 2011

Kereta Rosak

Kemarin aku baru bergumbira naik kete yang baru servis oleh suami dan rakan selama 2minggu...huhu...tapi pagi-pagi 2hari berikutnya tiba-tiba kereta aku mati tengah jalan di saat aku sedap2 driving dilorong tengah...nasib baik aku sempat ketepi n parking trus. so,minta tolong kawan amik g ofis sementara tggu husband dtg untuk kerja-kerja menyelamat...sian die lak kena dtg selamatkan aku...aku tak pandai nak mintak tolong ng org lain...

Lepas dia tgk2 kan kete tu, kami terpaksa pilih 2keputusan...las2 kami g amik kawan hubby, perjalanan selama 40minit sehala...n patah balik...pas bukak2 sane sini rupenya fuel palm yg baru tukar tu pecah belah dalam nya...so, tukar balik dengan yang lama, then hubby bawak balik kete tu n aku naik keta die...

Asalnya keta aku ni terpaksa di servis secara keseluruhan kerana ada masalah dalaman akibat daripada aku lambat tukar minyak hitam hampir setahun yg lalu....hampir 5 bulan aku tak tgk/tukar minyak hitam...sekali aku tgk,lgsg takde myk itamnye...nasib baik tak berasap tgh jalan...dah la asik balik kg...start dari ctu, myk itam asik kering aje n cepat habis.. so, kena tukar lebih kerap dari biasa...kalau biasa tu 3bulan=5000km tapi kali ni 2 bulan myk tu dah takde dalm tu...so, hubby bg pomen tgk...anggaran kos hampir 2k tuk servis...sbb byk perkara kena buat n tukar...akhirnya hubby cdgnkan kawan die tolong buatkan dengan upah jauh lebih murah..alhamdulillah...semuanya ok...masalah fuel palm tu hubby g kelim balik kat kedai yg die beli tu...



*moral of the story : tak semestinya barang baru takde masalah...huhu...perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada...& servis keta ikut masa...insyaAllah kita senang,die pon senang nak bwk kite...huhu...

Sunday, January 23, 2011

Aku, Echa dan motor RG Sport


Masa tu aku masih belajar peringkat diploma integrasi di PD (2005). Aku ke kelas dengan motor yg aku mohon belas ihsan bapa aku…RG Sport…mcm kelakar org pompuan bwk motor nih…tapi sebab malas jalan kaki g kelas nyer pasal, aku sapu jek bapak aku bg ape…hari-hari aku bawa kawan baik aku, echa. Mmg aku takkan bawak org lain, sbb dialah kawan susah senang aku…pada suatu hari, sebelum ke kelas petang aku bercadang ke pekan PD. Mcm biasa, ng echa. Tgh asik bawak motor sambil berborak, tibe di satu selekoh tajam, motor aku tergelincir manakala echa tergolek2 ke tengah jalan..terasa sgt cemas, cepat2 aku bgn dan echa pon same. Kami ke tepi dan dibantu beberapa penuggang lain..terima kasih semua..secara kebetulan, rakan sekelas lalu dengan kereta. So, dorg tolong hantar balik uma n g klinik…yg kelakar, nape balik uma dulu??rupe2nye sebab kami jatuh adalah jalan licin disebabkan dek lori sampah yg menitiskan airnya ke atas jalanraya. Manakala, apabila kami jatuh kami lap air sampah atas jalan tu dengan baju yg kami pakai…baunyeee….sgt hampeh…hahaha…sian tee, abis kete die bau hanyir jugak…thanks tee n dzul…peristiwa tu sgt memberi pengajaran buat aku…syukurlah echa takde pape… sian die, dalam kes ni, kesan teruk eksiden tu jatuh pada echa sbb die dok belakang. Tapi dak kelas lain asik tanye tentang aku, aku tau die terasa. seminggu lepas tu echa demam…aku bygkan,kalau ade kete or lori yg laju dan tak sempat elak kami,mesti aku tak dapat maafkan diri aku kalau terjadi ape2 pada echa…mujurlah cuma luka ringan n sakit2 badan sbb terhempas. so, petang tu kami ponteng kelas dan urusan petang tu pon tak terlaksana…

· Moral of the story: bila aku terkenang balik kisah ni, dua perkara aku terfikir

~ kelakar saat2 nak jatuh n punca kejatuhan tu..mmg lucu…aku n echa je dapt bygkan ape yg

kami tgh ckpkan…n kisah tee sebotol pewangi dalam kete lepas hantar kami balik..haha…

~ngeri jika berlaku perkara buruk masa tu…pasti aku menyesal hingga kini…atau kini aku tidak

lagi wujud di muka bumi..aku sgt bersyukur kerana kami hanya luka ringan..

Cemburu Seorang Wanita

Setiap insan pasti ada perasaan cemburu...tak kira siapa...cume,bagaimanakah seseorg individu itu mengawalnya...termasuk aku...entah ape yang aku fikir, perasaan cemburu pasti berakhir dengan airmata...kadangkala aku terlalu memikirkan terlalu ingin memiliki sehingga aku lupa tentang hakikat kehidupan...bila 2 insan bersatu, sudah tentu bergabungnya dua elemen kehidupan yang berbeza...tetapi adakah keduanya serasi utk disatukan sepenuhnya...

Wanita juga ada pelbagai…ada yg memikirkan tentang insan lain jika dia melakukan sesuatu, ada pula yg tak kisah ape yg bakal berlaku…si jejaka pula sentiasa keliru mana yg harus dituruti…hati seorang isteri mudah terusik jika sesuatu perkara adalah melibat seorang wanita lain…tak kira siapa wanita tersebut…kawan baik?adik sepupu?kawan lama?apatah lg bekas kekasih lama…

Kisah seorang sahabat yg saban hari asik mengadu kisah si suami…di mana suami mempunyai seorang sahabat baik wanita…kisah suka dan duka dikongsi bersama sejak masih bujang…kini, apabila sudah bergelar suami, masih lagi dengan hubungan yg sama…masalah si isteri, cuba bersikap +ve tapi pasti teruji kesabarannya. Setiap hari menunggu suami pulang lambat kerana kerja yg tak tentu. Termasuk hari cuti. Namun, bila ada masa bersama, si kawan baik asik menelefon bila pagi…petang…paling dia hangin, malam pon nak call…kereta rosak pon cari suaminya. Si suami asik mengelak bila si isteri mahu berkenalan dengan si kawan baik dengan alasan si isteri sgt cemburu orgnya…bertambah2 lah si isteri terasa hati…walau dalam hati dia tahu, suaminya cuba melakukan yg terbaik dalam rumahtangga mereka…si isteri selalu kecewa…kecewa kenapa?adakah kerana sikap cemburunya yg sentiasa hadir….ataupun kecewa kerana suaminya seakan tidak ambil kisah perasaan isteri?

Satu lagi kisah seseorang…cemburu dengan kawan-kawan suami kerana sentiasa ada peluang bersama…sedangkan isteri asik menunggu suami pulang tatkala malam bertukar harinya…suami bekerja sehingga mlm hari, selepas bekerja mesti keluar minum…isteri menunggu suami pulang hingga tertidur…sudah terjaga berkali2 suami masih belom pulang…maka timbullah rasa cemburu dalam hati isteri terhadap rakan2 suami…hendak dapat masa suami untuk sesaat pon susah…tapi mereka selalu santai bersama-sama…ini kerana isteri bgn jam 530 pagi, selepas menyediakan hidangan pagi pada jam 630 pagi sudah bertolak ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Manakala si suami pulang jam 2pagi lalu terus lena. Begitulah hari berikutnya setiap hari…walau depan mata, hakikatnya mereka ibarat berjauhan…sebenarnya ada juga si suami kadangkala pulang sekejap waktu maghrib untuk melepas lelah. Tapi manusia tak pernah puas…pada usia perkahwinan baru berusia tak sampai sethun, pastinya si isteri mahukan masa yang berkualiti ketika santai bersama dengan suami. Di manakan keperihatinan suami ini?

Hurm…sebenarnya ada lagi kisah cemburu seorang wanita ni…nanti aku sambung cerita…=)